KUCHING, 28 April- Seorang maut manakala dua cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta di Jalan Tun Jugah di Kuching, awal pagi tadi.
Berdasarkan laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa yang maut seorang lelaki berusia 37-tahun dan merupakan pemandu salah sebuah kereta terlibat.
Mangsa disahkan meninggalkan dunia di lokasi kejadian.
Manakala pemandu dan penumpang sebuah lagi kenderaan hanya mengalami cedera ringan.
Sebelum itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pukul 3.38 minit pagi, dan menggerakan lapan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya ke tempat kemalangan.