fb fb fb fb fb

Perkasakan pendidikan dan kemahiran anak muda FELDA- MB Johor

Foto RTM

SEGAMAT, 28 April - Kerajaan Negeri Johor menyarankan agar pendidikan dan kemahiran dalam kalangan anak muda di seluruh FELDA diperkasakan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata langkah tersebut penting agar golongan belia mampu menyumbang kepada pembangunan FELDA di seluruh negara.

"Ilmu pengetahuan penting. Jangan kita sesekali abaikan pendidikan untuk anak-anak kita sebab saya tahu di peringkat negeri tanah sudah tidak banyak hendak diberi.

Tapi yang saya tahu dan bila saya mengkaji bagaimana bangsa-bangsa lain bersaing di negara dan di peringkat antarabangsa ialah melalui pendidikan", katanya demikian ketika ditemui semasa Karnival Segalanya Felda 2024 Peringkat Wilayah Segamat di Felda Pemanis  Satu, Wilayah Segamat di sini.

Menurut Onn, kerajaan negeri akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi dan memohon agar masyarakat memberi keyakinan penuh kepada Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi  menerajui agenda penting untuk warga Felda.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD