fb fb fb fb fb

Seorang maut, dua cedera parah nahas kereta bertembung

IPOH, 10 Januari- Seorang maut, manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15 Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang, petang tadi.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, mangsa, Mohamad Sabfarie Talib, 49 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh badan.

Penumpang kedua-dua kenderaan mengalami patah tulang rusuk dan menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang, Bota.

"Ketika kejadian mangsa dan adiknya sedang dalam perjalanan dari arah Batu Gajah ke Kampung Gajah. Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.


(Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987)

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu