fb fb fb fb fb

Prasarana jangka 1.2 juta penumpang harian tahun ini

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Purata penumpang harian bagi seluruh perkhidmatan rel dan bas Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) diunjur meningkat kepada 1.2 juta tahun ini, berbanding 772,000 tahun lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, peningkatan itu bakal didorong pembukaan sepenuhnya Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Mac ini.

"MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, sepanjang 17.5 kilometer dilancarkan pada 16 Jun 2022 melibatkan 12 stesen. Bagi tahun pertama, ia bakal memanfaatkan 100,000 penumpang setiap hari dan jumlah itu dijangka meningkat tahun ke tahun. Manakala keseluruhan Laluan Putrajaya akan merangkumi laluan sepanjang 57.7 kilometer terdiri daripada 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Infrastruktur itu turut meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Seri Kembangan, Cyberjaya, dan Putrajaya.



(Foto BERNAMA)

Tarikh pembukaan fasa dua, akan diumumkan kontraktor dan pemaju rel, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).

Anak syarikat Prasarana, Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali dan MRT Corp sebagai pemilik aset, ketika ini menjalankan ujian menyeluruh perkhidmatan tersebut.

Media Baharu