SEPANG, 10 Januari- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyasarkan untuk melengkapkan kertas perundingannya mengenai cadangan penambahbaikan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia, (MACPC) Jun ini.
Ketua Pegawai Operasinya, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata kertas itu perlu melalui proses rundingan melibatkan banyak pihak berkepentingan termasuk syarikat penerbangan.
"Ya tapi anda mesti faham bahawa ia perlu melalui proses yang mantap untuk ke segmen itu.
"Masih ada proses yang masih dalam rangka dan ia masih belum jadi undang-undang," katanya.
(Raja Azmi Raja Nazuddin)
Beliau berkata demikian selepas Program Pengenalan Tahunan, Airline 101, di sini hari ini.
Kertas perundingan itu akan diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan bagi proses kelulusan.
Pindaan terbaharu itu melibatkan penambahbaikan dari segi perlindungan berkaitan penumpang termasuk bayaran balik pembatalan penerbangan dan hak penumpang.
Selain cadangan syarikat penerbangan harus menawarkan bayaran balik dalam cara pembayaran asal sekiranya penerbangan ditangguhkan.