fb fb fb fb fb

Buruh asing atasi masalah kekurangan tenaga kerja

(Foto hiasan)

KELANA JAYA, 11 Januari- Lebih 100,000 buruh asing diperlukan bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor khasnya sektor perladangan koperasi.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) mengambil langkah proaktif bagi membantu 50 buah koperasi terjejas meneruskan kelangsungan produktiviti sekali gus meningkatkan hasil pengeluaran.

Langkah itu, dijangka memberi impak positif kepada perusahaan kelapa sawit dalam kalangan gerakan koperasi yang telah banyak menyumbang kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara.

"Kita anggarkan dalam masa terdekat kita perlu 100,000...10,000 hanya untuk ladang berdasarkan kepada permintaan daripada 50 buah koperasi semasa.

"Itu hanya merupakan sebahagian sahaja koperasi yang menyatakan, yang sempat kita buat kajian.

"Itu separuh daripada jumlah koperasi sebab jumlah koperasi yang terlibat dalam bidang perladangan ini lebih besar daripada 50 buah itu tadi," kata Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.

(Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah/Foto fail Bernama)

Beliau ditemui pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman MoU dengan Syarikat MM Maju Sdn Bhd, di sini pada Selasa.

Media Baharu