fb fb fb fb fb

Kanak-kanak tertidur dalam kereta berkunci diselamatkan

(Foto JBPM)

ALOR SETAR, 11 Januari- Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang tertidur di dalam sebuah kereta yang terkunci di Jalan Sultanah, Taman Uda, di sini berjaya diselamatkan dengan bantuan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.08 petang.

Menerusi kenyataan pada Selasa, beliau berkata sepasukan anggotanya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Nozlan Zakaria tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Setibanya di lokasi, kami dapati kanak-kanak lelaki itu sedang tidur dalam kereta berkenaan," katanya.

(BBP Alor Setar berjaya membuka pintu kereta dan
mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas/Foto JBPM)

Anggota Balai Bomba Penyelamat Alor Setar berjaya membuka pintu kereta dan mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.28 petang.

Media Baharu