fb fb fb fb fb

Ibu Menteri Besar Perak meninggal dunia

(Foto Pejabat MB Perak)

IPOH, 11 Januari- Ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Aminah Mohd Yusuf, 79 tahun meninggal dunia pada pukul 11.15 malam tadi akibat sakit tua.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Dihilir, di sini.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak, jenazah akan dimandi dan dikafankan di kediaman Menteri Besar Perak, pagi ini.

(Allahyarham meninggalkan sembilan orang anak termasuk
Saarani yang merupakan anak sulung/Foto Pejabat MB Perak)

Jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid Kampung Raban, Lenggong untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut, kira-kira pukul 11.00 pagi.

Allahyarham meninggalkan sembilan orang anak termasuk Saarani yang merupakan anak sulung.

Media Baharu