PUTRAJAYA, 10 Januari- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tiada berlaku lonjakan kes baharu COVID-19 semasa musim perayaan ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berdasarkan pengalaman setelah sempadan negara dibuka semula sejak 1 April 2022.
Menerusi pelbagai perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan Krismas, termasuk ketika rakyat Malaysia kembali dari tanah suci serta ketika pilihan raya tidak berlaku lonjakan kes COVID-19.
"Keberkesanan vaksin masih kuat dan ia dapat melindungi diri kita daripada dijangkiti COVID-19," katanya dalam Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan Bersama Media di sini.
(Foto BERNAMA)
Tambahnya, kes baharu COVID-19 dalam negara menunjukkan trend penurunan iaitu kurang 500 kes baharu dicatatkan setiap hari dalam tempoh dua minggu lepas, berbanding antara 3,000 ke 4,000 kes beberapa bulan sebelum ini.