fb fb fb fb fb

500 pelajar UMP terima sumbangan pek makanan

KUANTAN, 10 Januari- Seramai 500 orang pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) daripada keluarga B40 menerima juadah pek makanan.

Sumbangan dengan kerjasama Adabi itu diadakan secara gotong royong di Masjid UMP GAMBANG.

Menurut Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Madya Ir Dr Nurul Hazlina Nordin, program kerjasama bersama Adabi Kuantan itu bagi memberi pendedahan kepada pelajar cara pengurusan dan mengendalikan makanan dengan betul.

Malah program tersebut juga merupakan tanggungjawab sosial universiti berkenaan membantu pelajar yang memerlukan.

"Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah penyediaan makanan. Pelajar juga dapat sama-sama merasai proses penyediaan makanan dan juga penggunaan kemudahan makanan di universiti ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.


(Program kerjasama itu akan diteruskan pada masa akan datang
bagi membantu pelajar yang memerlukan)

Program kerjasama itu akan diteruskan pada masa akan datang bagi membantu pelajar yang memerlukan.

Turut hadir pelakon dan pengacara, Datuk Fiz Fairuz.

Media Baharu