fb fb fb fb fb

47 anggota polis Terengganu terlibat kes salah laku

KUALA TERENGGANU, 10 Januari- Seramai 79 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu dikenal pasti terlibat dengan salah laku dan masalah disiplin tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata seramai 10 anggota berpangkat pegawai kanan, 67 pegawai rendah dan dua pegawai awam telah dikenakan tindakan tatatertib.

Katanya salah laku merupakan kesalahan tertinggi iaitu sebanyak 47 kes diikuti kes ugutan jenayah 16 kes, tidak hadir bertugas lapan kes manakala kes syariah sebanyak dua kes dan satu kes rasuah.

"Kita akan meningkatkan kursus-kursus kesedaran moral dan sebagainya yang akan dianjurkan bahagian Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS). Ia diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan juga di daerah-daerah," katanya ketika ditemui pemberita di sini.


(Foto Hiasan)

Sementara itu, kadar indeks jenayah mencatatkan penurunan sebanyak 7.34 peratus daripada 1,594 kes pada 2021 kepada 1,476 kes pada 2022. 

Media Baharu