fb fb fb fb fb

Politik Sabah: Formula terbaik dikemuka selesaikan kemelut

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Beberapa formula terbaik telah dikemukakan oleh pucuk pimpinan kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan kemelut politik di Sabah.

Ini bagi memastikan kestabilan politik di negeri itu terus kekal, sekali gus kepentingan rakyat di negeri tersebut menjadi keutamaan ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa perbincangan dari hati ke hati telah dilakukan bagi mencari situasi menang-menang agar ketidaktentuan politik semasa di Sabah dapat diatasi.

Tambahnya, permasalahan ini tidak harus dibiarkan berlarutan memandangkan ia sedikit sebanyak akan menjejaskan isu pembangunan di Sabah khususnya.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi)

"Saya dan Datuk Sei Anwar Ibrahim bersetuju bahawa harus ada tempoh bertenang. Jadi dalam keadaan tempoh bertenang ini pun masih ada perkara-perkara yang berlaku, tetapi yang penting matlamat datuk Seri Anwar bagi menyarankan agar wujudkan Kerajaan Perpaduan Sabah yang akan melibatkan semua parti-parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat.

"Jadi untuk Sabah tidak begitu sukar kerajaan perpaduan itu diwujudkan. Tetapi soal penerimaan itu, satu aspek yang kita harus santuni terlebih dahulu",katanya ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan santai bersama agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan media di ibu negara.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid telah ke Sabah bagi mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin parti semalam bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Media Baharu