KUALA LUMPUR, 10 Januari- Kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri Pahang akan terus diperkukuh.
Jaminan tersebut diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menerima kunjungan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan delegasi kerajaan negeri, di Putrajaya.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, Perdana Menteri berkata, pertemuan itu menyentuh perihal aspek pembangunan serta kemajuan dan kemakmuran negeri Pahang.
Menurut Datuk Seri Anwar, kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri Pahang adalah penting demi kelangsungan dan kesejahteraan rakyat Pahang khususnya.
(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menerima kunjungan
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Putrajaya/FB PM)