IPOH, 13 Mei - Seorang lagi anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) disahkan meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, menjadikan jumlah korban terkini kemalangan maut membabitkan trak FRU dengan lori muatan batu di Jalan Chikus, Sungai Lampam Teluk Intan, sembilan orang.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Dr. Bakri Zainal Abidin memaklumkan, seorang anggota meninggal dunia di zon merah unit kecemasan hospital, manakala lapan lagi maut di lokasi kejadian.
Lima anggota FRU masih dirawat di zon merah akibat cedera parah, dan empat lagi dilapor cedera ringan ditempatkan di zon kuning.
Kemalangan awal pagi tadi itu dipercayai berlaku apabila trak yang membawa 15 anggota, termasuk pemandu, bertembung dengan lori sehingga menyebabkan sebahagian mangsa tersepit.
Identiti mangsa masih belum didedahkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
BERITA BERKAITAN
8 anggota FRU maut, trak dinaiki bertembung lori muatan batu