fb fb fb fb fb

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia

Foto fail

KUALA LUMPUR, 19 Jun - Seorang lagi jemaah haji negara meninggal dunia di Tanah Suci Mekah, menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 16 orang.

Allahyarham Abd Rahman Yusof, 71, dari penerbangan KT059, Maktab 85B, meninggal dunia semalam pada pukul 11.00 malam waktu Arab Saudi akibat jangkitan paru-paru dan kegagalan organ dalaman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan berita kematian itu menerusi satu kenyataan hari ini.

"Allahyarham yang berasal dari Johor telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Saudi German ditemani anak, Siti Rafidah Abd Rahman," katanya.

Beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Sementara itu, segala urusan jenazah akan diuruskan oleh pihak Tabung Haji.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI