fb fb fb fb fb

Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah

MEKAH, 12 Jun- Seorang jemaah haji wanita meninggal dunia di sini 4 Jun lalu akibat kegagalan jantung.

Allahyarhamah dari Raub, Pahang berusia 57 tahun disahkan meninggal dunia pada pukul 11.50 malam ketika mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Mekah.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata jenazah Allahyarhamah selamat diurus serta disembahyangkan selepas Zuhur  5 Jun lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syariee, Mekah.

"Pihak kaunselor telah membuat lawatan dan berjumpa suami Allahyarhamah. Dua kali lawatan dibuat. Suami Allahyarhamah dalam keadaan baik dan reda dengan ketentuan ini," katanya kepada pemberita di sini.

TH akan menguruskan Badal Haji bagi pihak Allahyarhamah.

Dalam pada itu, seramai 37 jemaah sedang dirawat di Pusat Rawatan TH Mekah manakala 10 lagi di Hospital Arab Saudi.

Kesemuanya mempunyai masalah pernafasan, jangkitan paru-paru, jantung, gangguan emosi, sakit kulit, sakit otot dan sendi.


(TH akan menguruskan badal haji bagi pihak Allahyarhamah)

Media Baharu