(Foto Anwar Ibrahim)
PUTRAJAYA, 12 Jun- Penjawat awam digesa membudayakan amalan membaca, menelaah serta meraikan pertikaian dan perbezaan pendapat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan tersebut perlu dilihat dalam perspektif lebih luas untuk menyelesaikan sesuatu perkara dengan lebih tuntas dan berkesan menerusi perundingan dan mesyuarat.
Anwar turut menggesa supaya semua pelaksanaan projek kerajaan yang diumumkan sebelum ini dinilai, diperhalusi, dipantau dari semasa ke semasa serta disegerakan pelaksanaannya.
"Saya menggesa semua jabatan melihat pelaksaaan projek kerajaan yang diluluskan, mula dilaksana dan belum terlaksana. Lihat juga daripada segi peruntukan cukup atau tidak. Saya telah berbincang mengenai projek seperti sekolah daif, klinik daif dan tandas rosak. Tidak perlu lagi membebankan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mempunyai tanggungjawab terlalu besar. Pindahkan tugas tersebut ke jabatan atau pejabat daerah," katanya ketika menyampaikan amanat itu dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini.
(Foto Anwar Ibrahim)