LABUAN, 8 November - Sebuah rumah di Taman Perumahan MPL Tanjung Aru di sini musnah 35 peratus dalam satu kejadian kebakaran malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan Abd Rahman Ali mengesahkan enam penghuni rumah itu selamat.
Beliau memaklumkan Bilik Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan Kira-kira 10.21-minit malam.
"Setelah menerima panggilan kecemasan itu, pasukan keanggotaan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Labuan Sentral bergegas ke tempat kejadian," kata beliau dalam satu kenyataan.
Operasi pemadaman melibatkan 17 pegawai dan anggota serta dibantu empat jentera.
Kejadian kebakaran berjaya dikawal dan operasi tamat kira-kira 11.07-minit malam.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.