
KULAI, 6 April – Seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 6, Jalan Kulai-Kota Tinggi, kira-kira pukul tujuh pagi tadi.
- Mangsa, 21 tahun, pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia setelah dilanggar sebuah lori.
- Motosikal dinaiki bersama suami berumur 27 tahun yang turut mengalami kecederaan ringan.
- Sebuah jip dari arah bertentangan cuba membelok lalu menyebabkan mangsa gagal mengelak sehingga jatuh ke laluan bertentangan.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; suami mangsa dirawat di Hospital Kulai.
Mangsa, 21 tahun yang juga pembonceng sebuah motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi akibat dilanggar sebuah lori.
Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee dalam kenyataan berkata motosikal dinaiki mangsa bersama suami, 27 tahun sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Kulai.
Apabila tiba di lokasi, sebuah jip dari arah bertentangan cuba membelok menyebabkan mangsa gagal mengelak.
Tambahnya, akibat pelanggaran tersebut, mangsa jatuh di laluan bertentangan sebelum dilanggar lori berkenaan.
Suami mangsa cedera ringan dan dirawat di Hospital Kulai.
Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.