fb fb fb fb fb

MTHQK: Beza usia, keupayaan bukan penghalang

(Bapa peserta, Jamaluddin Kassim ketika di temu bual pada majlis MTHQK)

BUTTERWORTH, 12 Jun- Perbezaan usia dan keupayaan bukan halangan buat empat peserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran  Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2023.

Acara tahun ini turut menyaksikan penyertaan tiga individu daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Bagi bapa peserta, Jamaluddin Kassim, beliau sangat berbangga dengan pencapaian anaknya yang dianggap bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai.

"Saya amat terharu dengan didikan guru pendidikan khas sebab untuk lahirkan  generasi mereka ini sukar. Berbagai halangan untuk membentuk peribadi mereka supaya boleh masuk ke arena perdana, " ujarnya.

"Perbezaan saya ini tak jadi menjadi penghalang untuk masuk pertandingan ini. Persediaan itu sebelum saya datang sini lagi. Ada latihan diberi guru-guru di Kelantan," kata peserta tilawah, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.

Manakala bagi peserta muda MTHQK pula, dia mengakui perasaan gementar sememangnya ada namun menganggap perkara itu sebagai pengalaman yang sukar untuk diperoleh.

"Ada rasa gementar juga sebab kali pertama masuk tapi masuk untuk cari pengalaman," kata peserta kategori hafazan, Wiedaad Izzaddin

MTHQK yang berlangsung selama enam hari bermula hari ini hingga 16 Jun depan melibatkan penyertaan seramai 108 peserta dari seluruh negara.

Majlis tersebut dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(Peserta Kategori Hafazan Wiedaad Izzaddin)

Media Baharu