fb fb fb fb fb

Semua premis GISBH dalam radar pihak berkuasa negeri

Datuk Azizi Mat Aris

IPOH, 18 September- Semua premis milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Perak berada dalam radar pihak berkuasa negeri.
 
Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dan pemantauan serta pemerhatian dilakukan terhadap semua premis termasuk perniagaan yang mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan.

"Lokasi tidak dapat dimaklumkan lagi hari ini kerana masih dalam radar kita. Jadi tunggu dan lihat," katanya ringkas selepas menghadiri Majlis Meraikan Pesara dan Bakal Pesara Kontinjen Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.
 
Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan wujud elemen pengantunan kanak-kanak, jenayah fizikal dan penderaan emosi berlaku terhadap mangsa yang diselamatkan dari 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GISBH.
 
Ia hasil saringan terhadap 392 mangsa yang diselamatkan.
 
Sehingga 16 September lalu, proses saringan kesihatan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap 392 mangsa yang terdiri daripada 202 kanak-kanak lelaki dan 190 kanak-kanak perempuan telah selesai.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI