fb fb fb fb fb

Semua Pasar Raya disaran sertai Program Jualan Rahmah KPDN

(FOTO RTM)

KLANG, 11 Januari-Program Jualan Rahmah menawarkan harga barangan keperluan sehingga 30 peratus lebih murah menerusi inisiatif “Payung Rahmah”.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin menyarankan semua pasar raya di seluruh negara menyertai program itu, demi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutama golongan B40.

"Hari ini kita lancar di ECONSAVE.Sesi libat kita adakan bersama dengan pasar raya yang jemput kami untuk menjayakan jualan ini, kami mengalu-alukan. Kita bersedia bekerjasama",katanya selepas melancarkan Jualan Rahmah dan Kempen Penurunan Harga seribu Barangan Jualan Rahmah di Pasar Raya Econsave Pandamaran, disini.

Pasar Raya berkenaan menjadi perintis, dengan 91 cawangannya di seluruh negara melaksanakan Jualan Rahmah hingga 22 April.

KPDN kini.. giat melakukan perbincangan dengan beberapa pasar raya bagi menjalin kerjasama melibatkan jualan harga murah.

Menerusi 'Jualan Rahmah', KPDN boleh memberi permit notis jualan murah bagi mana-mana pasar raya melaksanakan program tersebut hingga maksimum empat bulan.

Program itu tidak melibatkan sebarang peruntukan kerajaan, sebaliknya menggunakan sepenuhnya kos menerusi hasil kerjasama dengan pemain industri sedia ada.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri
Salahuddin Ayub)

Media Baharu