fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan beri perhatian terhadap pencemaran air jejas bekalan air Selangor

SEREMBAN, 11 Januari-Kerajaan Negeri Sembilan akan memberi perhatian serius terhadap isu kejadian pencemaran air di negeri itu sehingga boleh menjejaskan bekalan air penduduk di negeri berhampiran seperti Selangor.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, isu tersebut perlu diberi perhatian sewajarnya dan pihaknya telah meminta jabatan serta agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Badan Kawal Selia Air (BKSA) untuk
memantau perkara tersebut agar ia tidak berulang.

"Jadi kita sedia maklum Selangor negeri Sembilan khususnya Selangor air sungainya bermula di negeri Sembilan jadi itu antara perkara yang menteri besar Selangor minta supaya kerajaan negeri Sembilan berikan perhatian dan insyaallah saya dah maklumkan kepada JPS supaya perkara-perkara tersebut diberikan perhatian yang serius kerana ini masalah masyarakat yang kena bantu ia saling berkait dan melibatkan isu masyarakat yang ramai", katanya epada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, di sini.

Sebelum ini, pati minyak wangi yang tumpah daripada sebuah lori terbabit kemalangan di Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan, menjadi punca insiden pencemaran bau yang menyebabkan dua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas.

Kejadian tersebut mengakibatkan lebih sejuta penduduk di 472 kawasan sekitar Selangor dan Putrajaya terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

Media Baharu