fb fb fb fb fb

Fasiliti Penjaja di ibu negara bakal dinaik taraf

(FOTO FB anwaribrahimofficial)

KUALA LUMPUR, 11 Januari-Cadangan pembangunan dan menaik taraf infrastruktur serta fasiliti penjaja di Kuala Lumpur, merupakan antara perkara dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Perdana Menteri berkata, penjaja dan peniaga kecil merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara yang perlu diberikan perhatian.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, beliau berkata, mereka harus diberi perhatian agar tidak ketinggalan dalam kepesatan pembangunan di ibu negara.

Perdana Menteri mengadakan pertemuan itu bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL, Datuk Azmi Abdul Hamid, di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar berkata, Pihak Berkuasa Tempatan terutama di kawasan bandar, perlu menyediakan kemudahan infrastruktur yang selesa kepada penjaja dan peniaga kecil, agar mereka dapat menjalankan perniagaan dengan suasana kondusif.

Tambahnya, kemudahan itu perlu disediakan, memandangkan kumpulan berkenaan turut menjadi penyumbang kepada ekonomi negara, menerusi perniagaan yang dijalankan.


(Perdana Menteri bersama kakitangan DBKL membincangkan usaha menaik taraf
fasiliti penjaja di sekitar ibu negara)

Media Baharu