fb fb fb fb fb

Sempena Hawana, pengamal media diperkenan baca khutbah Jumaat

IPOH, 23 Mei- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan pengamal media di negeri Perak diberikan penghormatan untuk membaca Khutbah Jumaat di beberapa masjid sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang diadakan di sini pada 27 sehingga 29 Mei ini.

Salah seorang daripada mereka merupakan Penerbit Rancangan RTM Perak, Mohd Fahmi Mohd Nor.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam satu kenyataan memaklumkan perkenan itu bagi mengiktiraf peranan penting para wartawan kepada kepada negara.

Baginda menitahkan supaya khutbah Jumaat di negeri Perak esok (26 Oktober 2023) bertemakan 'Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-Nilai Islam'.

"Baginda memperkenankan pengamal media diberikan peluang dan penghormatan membaca Khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri Perak pada 26 Mei 2023," menurut kenyataan itu.


(Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah)

Terdahulu Jabatan Penyiaran Perak serta Persatuan Pengamal Media Perak telah mengemukakan tiga nama pengamal media kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak untuk mendapat tauliah membaca khutbah di tiga buah masjid di negeri Perak.

Mohd Fahmi yang juga Wartawan RTM Perak mendapat perkenan tauliah oleh Sultan Perak untuk membaca Khutbah Jumaat di Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh.

Selain itu, Editor Rencana Agama dan Sastera, Berita Harian, Mohd Nazmi Yaacob akan membaca khutbah di Masjid Negeri (Masjid Sultan Idris Shah II). Manakala, wartawan Sinar Harian Perak Saifullah Ahmad pula akan membaca khutbah di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh.

Media Baharu