fb fb fb fb fb

AI SAFE kukuh kerjasama antarabangsa dalam pembangunan AI

Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 6 November - Penubuhan Rangkainan Keselamatan Kecerdasan Buatan (AI) ASEAN (ASEAN AI SAFE) dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang kecerdasan buatan (AI)

Menteri Digital, Gobind Singh Deo menjelaskan, platform tersebut menghimpunkan pelbagai negara bagi membincangkan pelan bersama ke arah membangunkan ekosistem AI yang seimbang dan inklusif.

Ia sejajar usaha kerajaan untuk menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi AI yang memberi manfaat kepada semua pihak.

"ASEAN AI SAFE menghimpunkan semua negara anggota bagi membolehkan perbincangan dijalankan di Kuala Lumpur. Melalui platform ini, kita dapat merangka satu pelan bagi memastikan ekosistem AI yang dibangunkan di setiap negara menjadi ekosistem yang membolehkan kerjasama serantau diperkukuh demi kebaikan semua negara ke hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr. Kelvin Yii Lee Wuen berhubung peranan Malaysia dalam ASEAN AI SAFE dan inisiatif yang akan menyumbang ke arah mengukuhkan kerjasama serantau dalam pembangunan dan penggunaan AI yang selamat bertanggungjawab dan boleh dipercayai dalam kalangan negara anggota.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI