
KUALA LUMPUR, 22 Mac – Pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan tunggangan memberangsangkan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Brazil untuk menyambar petak ketiga pada perlumbaan utama hari ini.
- Merekodkan masa 1:26.448 dalam sesi Q2 di Litar Autodromo Internacional de Goiania.
- Joel Esteban dari Sepanyol catat masa terpantas 1:26.241 dan akan bermula dari petak utama.
- Valentin Perrone dari Argentina di tempat kedua dengan masa 1:26.447.
- Keputusan beri peluang kepada Hakim Danish untuk podium sulung musim ini selepas bermula dengan kedudukan ke-18 di GP Thailand.
Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu merekodkan masa 1 minit 26.448 saat (s) pada sesi kelayakan dua (Q2) di Litar Autodromo Internacional de Goiania.
Pelumba LevelUp MTA Joel Esteban dari Sepanyol, muncul pelumba terpantas dan akan bermula dari petak utama selepas mencatat 1:26.241s.
Wakil Red Bull KTM Tech3 dari Argentina, Valentin Perrone pula berada di tempat kedua pada sesi kelayakan dengan 1:26.447s.
Keputusan tersebut menyaksikan Hakim Danish memiliki peluang menaiki podium sulung musim ini selepas memulakan saingan 2026 dengan menamatkan perlumbaan di GP Thailand di kedudukan ke-18, awal bulan ini. – BERNAMA