PUTRAJAYA, 25 Mei-Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melaksanakan tinjauan dan pemantauan rapi terhadap golongan petani yang terkesan ekoran fenomena El- Nino yang melanda negara.
Timbalan Menterinya, Chan Foong Hing berkata tumpuan utama membabitkan kawasan pengeluaran padi bagi memastikan pengairan air mencukupi untuk penghasilan padi dan beras negara.
Jelasnya pemantauan tersebut dijalankan di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).
"Kerajaan dalam proses pemantauan rapi untuk KADA dan MADA. Kita kena pastikan saliran air mencukupi bagi penghasilan padi dan beras negara.
"Kementerian KPKM turut menubuhkan pasukan khas bagi memantau kesan 'El-Nino kepada para petani dan mengambil langkah sewajarnya", katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Pelaburan Subsektor Tanaman Agromakanan Malaysia di sini.
Jelas Foong Hing lagi, buat masa ini tiada sebarang bantuan menerusi Tabung Bencana Pertanian diperuntukkan bagi petani yang terjejas akibat musim cuaca panas berkenan.

(Timbalan Menteri KPKM, Chan Foong Hing/ FOTO RTM)