fb fb fb fb fb

Wanita maut dalam kemalangan di Jalan Kuching-Serian

Seorang wanita maut dalam kemalangan di Batu 16, Jalan Kuching-Serian

KUCHING, 6 November - Seorang wanita berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Batu 16, Jalan Kuching-Serian, pagi tadi.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa, Viennie Kathryen Deles, meninggal dunia selepas pasukan Bomba berjaya mengeluarkannya daripada kenderaan terbalik.

Laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri memaklumkan, kemalangan berlaku kira-kira pukul 4.49 pagi, melibatkan sebuah kereta yang merempuh belakang sebuah lori.

Rempuhan itu ia menyebabkan kereta tersebut terbalik dan mangsa tersepit.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dengan segera dikerahkan ke lokasi kejadian, kira-kira 12 kilometer (km) dari balai, dan tiba di tempat kejadian pada pukul 4.51 pagi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI