fb fb fb fb fb

Bersempena dengan AMM ke 58, orang ramai disaran rancang perjalanan

FOTO HIASAN / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 JULAI - Orang ramai disaran untuk merancang perjalanan lebih awal, susulan jangkaan gangguan trafik bersempena dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, mesyuarat berlangsung dari 8 hingga 11 Julai, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

''Gangguan trafik dijangka bermula pada 4 Julai dalam radius satu kilometer dari kawasan KLCC, dan di sepanjang jalan utama serta lebuh raya yang menghubungkan pintu masuk utama ke ibu negara.

''Langkah ini diambil bagi memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat serta keselamatan semua delegasi yang terlibat,'' jelas kenyataan tersebut.

Maklumat lanjut mengenai laluan yang terjejas dan penutupan jalan tertentu akan dimaklumkan oleh pihak polis dalam masa terdekat.

Sebagai tuan rumah bagi acara serantau yang penting tersebut, kementerian komited untuk memastikan penganjuran yang lancar dan berjaya, tanpa mengabaikan kesejahteraan rakyat.

ASHRIQ FAHMY AHMAD