fb fb fb fb fb

Sembilan rumah terbakar di Miri

(Tangkap layar video daripada bomba turut memaparkan binatang peliharaan rentung/
FB Bilik Berita CATS - BBcats

MIRI, 10 Mac- Seramai 80 orang daripada 12 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka ranap dijilat api dalam kebakaran di Kampung Wireless di sini, kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, beberapa ekor haiwan peliharaan milik mangsa turut ditemukan tidak bernyawa dan rentung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bonny Martin Saging Mato berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, sebelum seramai 27 anggota daripada tiga balai bomba termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dan BBP Lutong dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Api berjaya dikawal dalam tempoh sejam setengah daripada merebak ke rumah lain.

"Sembilan buah rumah terlibat, dengan enam hangus 100%, dua buah musnah 50% dan sebuah lagi sebanyak 20%. Bersyukur tiada kecederaan atau kehilangan nyawa penduduk," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Lereng Bukit Miri.

(Foto FB Amazing Sarawak)

 

Media Baharu