fb fb fb fb fb

PM solat Jumaat di Masjid UNITEN

(Anwar Ibrahim)

KAJANG, 10 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa beramah mesra dengan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sambil menikmati makan tengah hari di sini.

Selesai makan tengah hari, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid UNITEN bersama lebih 4,000 jemaah.

Solat Jumaat dimamkan pelajar tahfiz UNITEN, Muhammad Fadzreen Muhamad Fadzil dan khutbah disampaikan pensyarah tahfiz UNITEN, Ustaz Amaluddin Arshad bertajuk Tauliah Mengajar Suatu Keperluan

Beliau turut diringi Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif TB, Datuk Ir. Baharin Din dan Naib Canselor UNITEN, Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.

UNITEN telah melahirkan seramai 35,000 graduan dengan kebolehpasaran para graduannya sebanyak 96.8%.

(Anwar Ibrahim)

 

Media Baharu