fb fb fb fb fb

Sembilan premis warga asing di Bukit Bintang ditutup - DBKL

(Sembilan buah premis ditutup atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen perniagaan, melantik pembantu tiada kebenaran
dan langgar syarat lesen/FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)

BUKIT BINTANG, 21 Januari- Sembilan buah premis yang dikendalikan warga asing di sini diambil tindakan penutupan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam, selepas didapati melakukan beberapa kesalahan, antaranya tidak memiliki lesen perniagaan serta mengaji pembantu tanpa kebenaran.

DBKL menerusi Facebook rasmi memaklumkan, tindakan itu diambil selepas pihaknya melaksanakan serbuan ke atas 10 buah premis perniagaan barangan am melibatkan pakaian, tekstil, beg, aksesori telefon, restoran yang dikendalikan warga Bangladesh.

"Serbuan itu dilaksanakan menerusi operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Yang Dikendalikan Warga Asing selepas pasukan penguat kuasa DBKL membuat risikan khas sejak seminggu lalu.

"DBKL telah membuat tindakan penutupan serta merta terhadap sembilan buah premis menerusi Sek.101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan turut mengeluarkan 10 notis kompaun terhadap premis-premis berkenaan menerusi Undang-Undang Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 (enam notis Tiada Lesen Perniagaan, tiga notis Lantik Pembantu Tiada Kebenaran ) dan satu notis kompaun dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Langgar Syarat Lesen).

"Serbuan berkenaan berakhir pada pukul 9.30 malam," katanya.

Di samping itu, DBKL memberitahu, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan risikan di semua lokasi tumpuan melibatkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing.

(Foto FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)

Media Baharu