fb fb fb fb fb

14 motosikal disita di Perlis

 (Operasi Bersepadu Tahun Baru Cina di Kangar pada 20 Januari 2023)

KANGAR, 21 Januari- Sebanyak 14 buah motosikal disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis di sini menerusi Operasi Bersepadu Tahun Baru Cina, malam tadi.

Pengarahnya, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, operasi berkenaan melibatkan seramai 84 orang anggota yang turut disertai pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"84 Notis Saman bagi pelbagai kesalahan dikeluarkan JPJ Perlis.

"JSPT dengan 37 Notis Saman, manakala AADK membuat tiga tangkapan ke atas penunggang motosikal yang didapati positif dadah," katanya di sini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, operasi yang bermula sejak 18 Januari lalu itu telah menyita 18 buah kenderaan iaitu dua buah lori, dua buah kereta dan 14 buah motosikal atas pelbagai kesalahan.

(Operasi Bersepadu Tahun Baru Cina pada 20 Januari 2023 disertai anggota dan pegawai
JPJ, JSPT IPK Perlis, SPRM, JIM, AADK dan JAS)

Media Baharu