fb fb fb fb fb

Sembilan gerai makanan di Teluk Kemang terbakar

FOTO JBPM NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 12 November- Sebanyak sembilan buah gerai makanan musnah dalam satu kebakaran di hadapan Dataran Teluk Kemang, Port Dickson, malam semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Kemang, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd Kamal Mohd Timar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kebakaran deretan gerai tersebut pada jam 7.16 malam.

“Setiap gerai berkeluasan 10x10 kaki persegi dan daripada sembilan gerai berstruktur kayu yang terlibat itu, empat daripadanya musnah 100 peratus manakala lima lot lagi terbakar 25 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Mohd Kamal, Menteri Besar Aminuddin Harun turut turun padang meninjau operasi pemadaman dan bertemu peniaga-peniaga terjejas.

Beliau berkata operasi pemadaman tamat pada pukul 11.00 malam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE