fb fb fb fb fb

Foodbank Negeri Sembilan ceriakan 125 penerima bakul makanan sempena Deepavali

FOTO FOODBANK NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 12 November- Bersempena dengan sambutan Deepavali, Badan Bukan Kerajaan (NGO) antara yang aktif menyantuni golongan memerlukan yang perayaan cahaya itu.

Pengasas Pertubuhan Rumah Helang, atau lebih dikenali sebagai Foodbank Negeri Sembilan, Irene Hisham berkata, sebanyak 125 bakul makanan telah disampaikan kepada golongan sasar di sekitar Seremban dan Port Dickson bagi memberi keceriaan kepada mereka yang menyambut perayaan itu. 

Jelasnya, bantuan bakul makanan itu hasil sumbangan daripada Yayasan Munarah serta masyarakat di seluruh negeri. 

Beliau berkata demikian ketika dihubungi RTM. 

Tambahnya, rata-rata penerima bakul makanan berkenaan adalah bekerja dengan gaji harian sekitar RM30 hingga RM80 sehari. 

 Kesemua penerima bersyukur dengan keprihatinan yang diterima daripada NGO tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE