fb fb fb fb fb

Sidang Kemuncak Tergempar OIC: Malaysia gesa segerakan gencatan senjata

FOTO HIASAN/FOTO AFP

RIYADH, 12 November -Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar terus mendesak Israel bagi melaksanakan gencatan senjata disamping mewujudkan lebih banyak koridor kemanusiaan ke Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ketika menyampaikan kenyataan negara berhubung konflik Israel-Palestin turut menggesa pemberhentian serta-merta pembinaan penempatan haram dan pengusiran penduduk Palestin yang dilakukan Zionis.

Menurut Anwar, rejim Zionis perlu disiasat dan didakwa atas pelanggaran undang-undang antarabangsa termasuk jenayah perang.

Tambah Anwar, OIC turut digesa memberi sokongan kepada inisiatof perdamaian arab sekali gus membantu rundingan berhubung penyelesaian dua negara.

Ini termasuk mengiktiraf Palestin sebuah negara merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Perdana Menteri turut membangkitkan gesaan agar memerangi kebangkitan Islammofobia disamping melindungi hak bersuara secara aman bagi menyokong perjuangan Palestin.

Tegasnya, kesemua gesaan itu harus dibuat menerusi satu kempen bersepadu menggunakan saluran dan rangkaian diplomatik masing-masing secara strategik dalam setiap dialog di peringkat serantau mahupun global.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengakui kesedaran masyarakat dunia bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin meningkat secara drastik.

Ini termasuk di negara-negara Barat.

Perkara itu dibuktikan menerusi penganjuran berterusan demonstrasi besar-besaran menentang kekejaman Zionis.

Ironinya, di sesetengah negara-negara yang kononnya memperjuang hak asasi manusia dan kebebebasan; pihak berkuasanya mengecam penyokong perjuangan Palestin.

Mereka dilabel sebagai penyebar ucapan berbaur kebencian dan pendukung keganasan.

Menurut Perdana Menteri, tindakan tersebut merupakan dwistandard yang sama sekali tidak boleh diterima.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD