fb fb fb fb fb

Lelaki OKU hilang sejak 4 November

FOTO POLIS KL

KUALA LUMPUR, 12 November- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah mental dilaporkan hilang sejak 4 November lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan media memaklumkan Muhammad Azwan Azman, 28, kali terakhir dilihat ahli keluarganya di kediaman mereka di PPR Seri Malaysia Fasa 11, Taman Desa Petaling.

Menurut kenyataan itu, lelaki berkenaan mempunyai masalah psikiatri serta luka di lutut yang menyukarkan beliau berjalan.

Laporan polis telah dibuat pada 8 November oleh kakak lelaki berkenaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, diminta menghubungi Sarjan Aktiviti Balai Polis Salak Selatan Baru Sjn Md Jailani Samsi di talian 016-4477875 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE