fb fb fb fb fb

Sembelih babi dilokasi tidak dibenarkan, seorang lelaki megaku bersalah

PULAU PINANG, 20 Oktober- Seorang lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan menyembelih babi di lokasi yang tidak dibenarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, pada 28 Ogos lalu dan didenda RM4,000.

Tertuduh, Yeap Wan Yong membuat pengakuan dihadapan Majistret Savinder Singh di Mahkamah Majistret Seberang Perai.


(Tertuduh, Yeap Wan Yong membuat pengakuan dihadapan Majistret Savinder Singh di Mahkamah Majistret Seberang Perai)

 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul lebih kurang 2 pagi di dalam premis 1105 kampung Baru,Off Jalan Ong Yi How, Butterworth dalam Daerah Seberang Perai Utara kerana menjalankan aktiviti penyembelihan babi bukan di rumah penyembelihan yang diluluskan atau dilesenkan oleh JPV Pulau Pinang.

Tertuduh didakwa melanggar peruntukan di bawah Kaedah 5(1) iaitu Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan 2009) Akta Binatang 1953 [Akta 647] yang jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga tidak melebihi RM10,000.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa dari JPV Pulau Pinang, Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh hadir tanpa diwakili peguam.

Tertuduh bagaimanapun membayar denda tersebut bagi mengelak daripada dikenakan hukuman penjara selama dua bulan jika gagal berbuat demikian.

Media Baharu