fb fb fb fb fb

RM4.5 juta diperuntukkan bagi Program Jualan Murah Keluarga Malaysia

NEGERI SEMBILAN, 20 Oktober- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Negeri Sembilan dipilih sebagai agensi pelaksana Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) di negeri itu bagi peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta.

Menurut Pengerusi RISDA, Datuk Seri Mohd Salim Sharif, ia merangkumi keseluruhan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN).

 
(Pengerusi RISDA, Datuk Seri Mohd Salim Sharif)

PJMKM mula dilaksana pada 20 Ogos sehingga 31 Disember nanti dan setakat ini, 31 DUN telah melaksanakan program tersebut dengan jayanya.

"Program ini di negeri Sembilan kita telah pun mengadakan sebanyak 36 DUN, jumlah 36 DUN yang ada kita telah laksana 32 DUN untuk Program Jualan Murah Keluarga Malaysia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM4.5 juta dan ada tiga jenis barangan yang kita jual ini semua barangan berdasarkan kepada keperluan rakyat barang harian," katanya pada PJMKM di Pasar Tani Keluarga Malaysia di Palong di sini.

Sebanyak 13 jenis barangan keperluan harian utama yang mendapat potongan harga antaranya ayam, ikan, daging, telur ayam gred B dan C, beras, gula, tepung gandum dan minyak masak.

Sementara itu, seramai 200 orang golongan asnaf pekebun kecil di kawasan Palong turut menerima sumbangan kotak makanan Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan serta RISDA yang bernilai RM100 bagi setiap penerima.

Media Baharu