fb fb fb fb fb

PRU15: Tempoh kempen 14 hari mencukupi

(FOTO BERNAMA)

PUNCAK ALAM, 20 Oktober- Tempoh 14 hari berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah mencukupi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata adalah menjadi tanggungjawab setiap parti politik untuk membuat perancangan bagi memastikan tempoh berkenaan mencukupi untuk mereka berkempen.

"14 hari cukup, dulu pun 14 hari, ada masanya kurang dari 14 hari...jadi parti-parti politik kena buat perancangan masing-masing untuk pastikan cukup masa 14 hari tersebut.

"Kalau terlampau lama orang mengadu juga terlalu lama, penat kerja dan macam-macam.

"Jadi SPR sudah tentukan, jadi kita akur dengan SPR dan kita bekerja berdasarkan jumlah hari yang disediakan untuk berkempen," katanya.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/BERNAMA)

Beliau menyatakan demikian selepas melancarkan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor, di sini hari ini.

UMNO fokus menangi PRU15 sebelum tumpu kerjasama dengan parti lain


Ditanya mengenai kerjasama UMNO dengan parti lain, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata fokus utama parti buat masa ini, adalah untuk memenangi PRU15.

Ia sebelum memberi tumpuan kepada kerjasama dengan parti lain:

"Soal kerjasama ini soal yang besar...samada Bersatu, Pas...siapa pun nak berkerjasama dengan kita mesti diputuskan oleh parti...mesti dibawa ke mesyuarat majlis tertinggi.

"Sebab perkara besar begini mesti diputuskan oleh majlis tertinggi, apa pun majlis tertinggi yang akan menentukan," tambahnya.

Berita berkaitan
19 November 2022, hari mengundi PRU ke-15
SPR lantik 222 pegawai untuk PRU ke-15

Media Baharu