fb fb fb fb fb

'Sembang Dalam Radio' Langkawifm wadah penyampaian berkesan

KUAH, 13 Februari - 'Sembang Dalam Radio' terbitan radio tempatan Langkawifm menjadi pemacu agenda kerajaan sebagai wadah penyampaian berkesan.

Membawa perkongsian berbentuk santai peranannya kekal relevan memberi maklumat sahih dan terkini sejak lebih 100 tahun dahulu.

Penerbitnya Mohammad Najib Mashor berkata, program serampang dua mata bersempena Hari Radio Sedunia 2023 itu mengetengahkan elemen imbas kembali kewujudan radio di Malaysia dan perkembangannya hingga ke hari ini.

"Untuk Sembang Dalam RadiO dari Langkawifm, kita bawakan perbezaan, kita ketengahkan perbezaan daripada penyampai radio 1 ketika dahulu dengan sekarang, yang mana kita mengupas mengenai dengan cara penyampaian dan lagu yang diputarkan pada hari ini, penerimaan yang mana kita turut melibatkan kepada pelajar sekolah antara yang menjadi pendengar utama dan kekuatan di Langkawifm," kata Mohammad Najib di sini.

(Mohammad Najib bercakap kepada pemberita RTM)

Turut memeriahkan Sembang Dalam Radio ialah Bekas Penyampai Radio RTM yang juga pelakon senior, Fauziah Nawi dan Penyanyi Luqman Faiz.

Bersempena dengan itu juga, LANGKAWIfm kini mula bersiaran bermula pukul 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari dengan menyediakan tiga segmen iaitu Ceria Pagi, ACTIV8 dan Ekspresi.

Media Baharu