MASJID TANAH, 13 Februari - Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) memperuntukkan RM500,000 bantuan persekolahan untuk diagihkan kepada 2,274 pelajar sekolah rendah di negeri ini, tahun ini.
Ketua Menteri Melaka , Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata sumbangan tersebut berbentuk baucer bernilai RM200 diberikan kepada setiap pelajar untuk membeli barangan kelengkapan sekolah.
Bantuan kali ini terdapat penambahan penerima, mengikut pecahan parlimen iaitu seramai 372 pelajar dari Parlimen Masjid Tanah , Alor Gajah 508 pelajar , Jasin 448 pelajar , Kota Melaka 429 pelajar , Hang Tuah Jaya 241 pelajar dan Tangga Batu 276 pelajar.
Tambahnya , sebanyak 241 sekolah rendah akan menerima bantuan itu dan akan diagihkan secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan.
"Jadi dalam keadaan tertekan dalam suasana ekonomi tidak menentu mahu tidak mahu mereka yang sepatutnya menerima walaupun ada peningkatan kerajaan negeri Melaka tetap perihatin bagi membantu golongan mereka yang memerlukan," kata Sulaiman di sini.
(Sulaiman ketika ditemui pemberita selepas
Majlis Pelancaran Penyampaian Bantuan Persekolahan Sekolah Rendah
Sumbangan Kerajaan Negeri Melaka bagi Sesi Akademik 2023 di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini)
Tambahnya , kerajaan negeri sentiasa meletakkan kepentingan pendidikan sebagai agenda utama dalam mencorakkan masa depan negeri.