LANGKAWI, 17 Ogos - Bulan kebangsaan di Langkawi, Kedah disambut meriah dengan pelbagai program dianjurkan.
Program dimulakan dengan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat daerah Langkawi di Dataran Cenang.
Pengawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah berkata acara sebegini akan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
"Selain mengedarkan jalur gemilang kepada orang ramai, dataran yang menjadi tumpuan pelancong itu juga turut diceriakan dengan nyanyian lagu patriotik serta deklamasi sajak kemerdekaan.
"Tidak ketinggalan Skuad Ya Untuk Mu Langkawifm turut mengambil bahagian," katanya ketika berucap pada kempen kibar Jalur Gemilang di sini hari ini.
Sementara itu, sebanyak 68 kenderaan mewakili pelbagai agensi kerajaan persekutuan serta negeri mengambil bahagian dalam konvoi tersebut.
Konvoi itu juga turut disertai agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengharungi laluan sejauh lebih 30 kilometer ke destinasi akhir di Kompleks Kraf Langkawi di Jalan Teluk Yu.
Manakala di lokasi akhir konvoi turut dianjurkan pertandingan busana cilik yang disertai oleh kanak-kanak tadika perpaduan.
Selain pertandingan hiasan kek cawan serta pertandingan hiasan pulut kuning bertemakan hari kebangsaan.