fb fb fb fb fb

Semangat Kerajaan Perpaduan di Melaka

AYER KEROH, 13 Disember- Semangat gabungan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk di peringkat Persekutuan turut diterjemahkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Melaka.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata, semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat persatuan dibawa ke negeri itu selepas perbincangan dijalankan bersama kerajaan negeri yang diketuai Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

"Jadi semangat yang sama juga dibawa ke negeri Melaka. Kerajaan kali ini adalah Kerajaan Perpaduan. Saya yakin hasrat kita hanyalah satu, kita mahukan kerajaan ini stabil dan dalam masa yang sama boleh merangka dan merancang untuk tempoh empat hingga lima tahun akan datang," katanya pada sidang media Persidangan ke-4 (Bajet) Penggal Pertama di Seri Negeri, Ayer Keroh.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi membabitkan BN 21 kerusi, PH lima kerusi dan PN dua kerusi.

(Adly Zahari)

Media Baharu