fb fb fb fb fb

Ahli politik tidak dibenar sampaikan ceramah di masjid, surau di Perak

(Saarani ketika menjadi tetamu rancangan
Selamat Pagi Cikgu Saarani di konti Perak FM)

IPOH, 13 Disember- Ahli politik di Perak sekali lagi diingatkan agar tidak menyampaikan ceramah ketika berada di masjid dan surau.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata peringatan itu berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini menerusi titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

"Jadi mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun yang saya faham Adun-adun yang sebelum ini adalah merupakan pemegang tauliah ataupun ustaz yang menyampaikan kuliah tetapi sekarang dia telah pun menjadi wakil rakyat, bermakna dia orang politik, jadi tertakluk, terikat dengan pekeliling tersebut seperti mana juga saya.

"Sebab yang penting titah tuanku itu, orang politik tidak dibenarkan berucap di dalam masjid dan surau, apa pun jawatan dia termasuk saya," katanya.

(Saarani Mohamad)

Saarani diminta mengulas sebahagian ahli politik di Perak yang menjadikan masjid dan surau sebagai tempat untuk menyampaikan ceramah.

Terdahulu, beliau menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Cikgu Saarani di konti Perak FM.

Media Baharu