fb fb fb fb fb

Belum miliki sijil FC, 40 peratus bangunan berisiko di Johor

JOHOR BAHRU, 13 Disember- 40 peratus atau 882 daripada 2,205 premis berisiko di Johor masih tidak mempunyai sijil perakuan bomba (FC) seperti diperuntukkan mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (pindaan 2020) (Akta 341).

Premis tersebut termasuk bangunan kerajaan, hotel, kilang dan pusat beli belah.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata premis berkenaan sama ada gagal dalam permohonan mereka atau masih belum memohonnya.

"Ini satu yang membimbangkan kerana tidak mahu bangunan-bangunan mempunyai risiko seperti ini, tidak mempunyai 'fire certificate'.

"Jadi saya menyarankan empunya bangunan untuk datang memeohon bagi pemeriksaan bangunan tersebut dan juga bagi pematuhan kepada peraturan dan keperluan di bawah kehendak piawaian dan undang-undang keselamatan kebakaran," katanya.

(Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid)

Beliau berkata demikian selepas perasmian Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan 2021) Zon Selatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada Johor, di sini.

Pemilik yang masih gagal memperoleh FC boleh didenda sehingga RM50,000 atau tiga tahun penjara mengikut Akta 341.

Media Baharu