fb fb fb fb fb

Semakan hakim, Tun Daim gagal dapatkan kebenaran cabar siasatan SPRM

Foto Fail/BERNAMA

PUTRAJAYA, 9 Mei- Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan keluarga gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan SPRM berhubung hal ehwal kewangan mereka.

Pada 4 Mac, Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu selepas memutuskan bahawa mereka gagal membuktikan terdapat unsur mala fide (niat jahat) terhadap pegawai SPRM yang menjalankan siasatan.

Panel tiga anggota Hakim Mahkamah Rayuan, sebulat suara menolak rayuan Tun Daim dan keluarga atas alasan penyiasatan jenayah, tidak sesuai untuk ulasan kehakiman.

Tun Daim, keluarga serta Ilham Tower Sdn Bhd memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 10 Januari dan menamakan SPRM dan Pendakwa Raya sebagai responden.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM