(Foto fail)
KUALA LUMPUR,7 Jun- Seluruh jentera Barisan Nasional khususnya parti-parti komponen perlu mencari titik persamaan serta bergerak ke hadapan.
Paling penting, berpijak di bumi nyata tentang realiti politik baharu tanahair yang kini dipimpin Kerajaan Perpaduan.
(Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai parti tidak dominan, BN perlu bekerja kuat untuk memastikan kemenangan setiap kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
"Dua kali kita kecundang dalam pilihan raya. Pilihan raya umum yg ke 14 dan ke 15. Kita harus bangkit. Untuk bangkit, kita harus memperbetulkan kelemahan-kelemahan kita.
"Begitu juga dalam situasi yang begini. Kita sering dikonotasikan bahawa kita bekerjasama dengan DAP, hakikatnya Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH).
"Dalam BN kita ada MCA dan kita ada MIC. Dalam PH ada DAP di situ. Jadi yang harus kita lihat adalah bagaimana kebersamaan antara BN dengan PH", katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Skuad Sayang, sejurus memberikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023.