fb fb fb fb fb

Kenyataan lucah: ADUN Kedah buat laporan polis

GEORGE TOWN, 7 Jun- Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengeluarkan perkataan berbaur lucah dalam ceramah baru-baru ini disifatkan tidak menghormati kaum wanita.

Demikian reaksi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg. Pinang Lim Siew Khim.

Beliau yang juga Ketua Wanita DAP Pulau Pinang turut mewakili kaum hawa menyatakan rasa kesal dengan kata-kata lucah yang dikeluarkan.

"Tarik balik jika boleh sebab itu telah menjadi satu kenyataan yang sangat atau satu sampel yang sangat buruk kepada anak-anak kita," katanya selepas membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, petang tadi.

Jelas beliau, Sanusi sewajarnya lebih berhati-hati ketika membuat sebarang kenyataan.

Terdahulu, Menteri Besar itu didakwa mengeluarkan perkataan lucah dalam bahasa Hokkien yang membawa maksud kemaluan lelaki dalam ceramah Perikatan Nasional di Pulau Pinang.

(Ketua Wanita DAP Pulau Pinan, Lim Siew Khim turut mewakili kaum hawa menyatakan rasa
kesal dengan kata-kata lucah yang dikeluarkan)

 

Media Baharu